Friday 3 March 2017

Permulaan yang lewat

Salam sejahtera.

Mohon jutaan maaf kerana saya lambat menulis sesuatu. Saya sedang berdepan dengan masalah timbunan baju yang amat banyak. Semua itu salah saya kerana tidak merancang dengan teratur dan baik bagaimana hendak menguruskan baju. Ok. Perkara pertama yang saya perlu buat adalah menyediakan dua bakul besar untuk mengasingkan pakaian harian dan pakaian yang boleh dibuang. Saya akan melipat pakaian harian terlebih dulu. Laporan seterusnya tunggu selepas saya melipat habis dulu semua pakaian harian....duhhh....

Monday 16 January 2017

Kata mula

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya bukan penulis hebat. Saya orang biasa-biasa yang kebetulan bekerja sebagai penulis di majalah Anjung Seri selama 20 tahun. Sejak kecil saya bercita-cita hendak menjadi wartawan atau penulis novel. Dan cita-cita itu tinggal kenangan. Tak mungkin saya mampu menjadi wartawan apatah lagi penulis novel.

Tapi semua itu tidak mematahkan semangat saya. Jadi blog ini saya wujudkan supaya saya boleh terus menulis walau dalam keadaan apa sekali pun. Saya merancang hendak berkongsi tips mengurus rumah, hidup dan anak-anak. Saya juga ingin berkongsi mengenai buku atau apa-apa bahan yang saya baca, tonton atau dengar.

Tulisan ini adalah sebagai permulaan untuk merangsang deria tulis saya, sabar menanti ya.

Semoga ketemu dalam tulisan seterusnya.